Isnin, 11 Jun 2012

MMU - Dgree

Alhamdulilah pada 4 hb Jun yang lalu telah selamat mendaftar sebagai pelajar di Multimedia University Cyberjaya. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah yang timbul. Semua perkara dalam Bahasa Inggeris. Sessi suai kenal semua dalam BI tp adalah faham sedikit huhu.
Ya Allah permudahkan segala urusan ku, permudahkan permahaman ilmu.

Khamis, 24 Mei 2012

Majlis Ilmu Hujung Minggu

sekadar pengkongsian kepada semua pada hari Sabtu minggu yang lalu iaitu pada tarikh 19/5/2012 saya dan isteri tercinta telah berpeluang untuk mengikuti suatu yang program yang berbentuk kerohanian yang telah telah dianjurkan loeh pihak Etica Takaful.
Program ini telah menarik perhatian orang ramai khususnya warga Etica untuk turun serta, dengan penganjuran bersama pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. Para penceramah yang dibawakan sangat berwibawa dan bersemangat iaitu Ustaz Dr Zahzan Mohamad, Ustaz Pahrol Md Jol dan Ustaz Badli Shah Awalaudin.
Tajuknya juga sangat dengan kita seperti " Hasanah Dunia Hasanah Akhirat", "Mukmim Profesonal" dan "Rahsia Khuyuk dalam Solat".

Selasa, 8 Mei 2012

Perkembangan Terkini

Salam dan selamat bersua kembali setelah sekian lama tidak meupdate blog ini. Banyak perkara dan sebab yang menhalang saya dari membuat demikian. Setiap malam Isnin, Selasa dan Jumaat selepas Isyak saya akan ada kelas pengajian Al-Quran di Surau As-Syakirin. Ini adalah rutin terbaru saya kembali mengaji al-quran dengan bermula kembali ke Muqadam. Terasa banyak kekuranganmya bila baca tergagap-gagap dan salah disana sini tapi kata Ustaz takpa kita belajar. Alhamdulilah setakat hari ini saya semakin maju didalam membaca Al-Quran tapi ada juga masalah nya iaitu Perasaan malas.

Jumaat, 2 Mac 2012

Terdetik Dalam Pemikiran Saya

Assalamualaikum....

Sudah lama tidak update blog ini disebabkan kesibukan yang biasa-biasa. Sekejap jer rasa masa berlalu sekarang dah masuk bulan 3 kata rakan sekerja saya. Masa berlalu dengan terlalu pantas moga dengan pantasnya waktu kita tidak akan ketinggalan dan kebelakang.
Semakin pantasnya masa manusia semakin lalai dan alpa sehingga lupa tanggungjawab kepada agama yang lebih dipentingkan ialah mencari harta dunia. Sepatutnya apabila zaman bertambah pantas dan canggih kita patutnya lebih canggih dari segi penghayatan kepada agama kerana semua perkara telah dapat diakses di hujung jari. Kini yang menjadi masalahnya ialah lambakan perkara-parkara yang tidak sihat disamping lambakan ajaran-ajaran sesat lagi menyesatkan.

Jumaat, 17 Februari 2012

Bacaan sujud tilawah, sajadah Cetak Emel
Sabtu, 01 November 2008
Berikut adalah bacaan sujud tilawah atau dikenali sebagai sujud sajadah iaitu sujud apabila kita menjumpai ayat yang memerintahkan sujud atau mendengar orang membaca al-quran dan sampai ke tempat ayat sajdah.



Dua in Arabic

Maksudnya:
"Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan Kekuatan-Nya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."
(HR At-Tirmidzi 2/474, Ahmad 6/30 dan Al-Hakim. Menurut Al-Hakim, hadits tersebut shahih. Imam Adz-Dzahabi menyetujuinya 1/220. Sedang tambahannya: Fatabaarakallahu menurut riwayat Adz-Dzahabi sendiri.)


Dua in Arabic

Maksudnya:

"Ya Allah, tulislah untukku dengan sujudku pahala di sisi-Mu dan ampunilah dengannya akan dosaku, serta jadikanlah simpanan untukku di sisi-Mu dan terimalah sujudku sebagaimana Engkau telah menerimanya dari hamba-Mu Dawud"
(HR At-Tirmidzi 2/473, dan Al-Hakim. Menurut Al-Hakim, hadits tersebut shahih. Dan Adz-Dzahabi menyetujuinya 1/219)