Rabu, 30 November 2011

Motivasi Kerja

Motivasi didalam alam perkerjaan adalah amat penting sama pentingnya motivasi kepada pelajar-pelajar yang mahu mengambil peperiksaan. Motivasi ini boleh merangsang pekerja untuk lebih bersemanggat dan bersungguh-sungguh didalam melakukan pekerjaan.
Setelah lama kita bekerja tapi pangkat tak naik-naik lagi tapi yang penting gaji naik huhu. Kenaikan pangkat juga perlu didalam merangsang seseorang untuk melebih bersemanggat didalam melakukan kerjanya. Apabila sudah naik pangkat maka secara semulajadinya beban tugas juga akan bertambah berat untuk dipikul. Mungkin dulu kita yang kena terima arahan dan laksanakan tetapi sekarang kita pula yang kena keluarkan arahan terhadap semua orang bawahan kita.
Dibawah ini saya gariskan beberapa perubahan yang bakal dirasai oleh semua orang yang naik pangkat antaranya :
1.   Berasa bangga dan seronok
2.   Beban tugas yang semakin bertambah
3.   Bertambah anggota dibawah seliaan
4.   Bertambah rasa seronok untuk berkerja
Apa-apa pun semua ini bergantung kepada diri individu itu sendiri sama ada bertambah baik atau sebaliknya, bertambah motivasi atau bertambahan kemalasanya.

Jumaat, 18 November 2011

Hari Jumaat

Sebagaimana yang kita semua maklum bahawa hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Sudah memestinya apabila sudah dikatakan penghulu segala hari pastinya hari ini mempunyai keistimewaannya. Keistimewaannya memang banyak tapi bukan itu yang hendak diperkatakan tetapi lebih dari itu seperti pengisian yang perlu dilakukan supaya keistimewaan ini tidak hilang dan keberkatannya berterusan serta tidak dicemari. Kemuliaan hari ini bersamaan hari kebesaran Islam yang lain seperti Hari Raya dan sebagainya.

Khutbah Jumaat Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  MUTIARA HATI                                                              
(18 NOVEMBER 2011 / 22 ZULHIJJAH 1432H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: MUTIARA HATI ”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Anak merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu-bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka dididik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara. Justeru memiliki anak yang soleh serta baik budi pekertinya menjadi impian setiap ibu-bapa dan keluarga sebagaimana kisah Nabi Zakaria AS yang telah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria AS memohon dengan berdoa kepada Allah SWT agar di kurniakan anak-anak yang soleh. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 38:
Bermaksud; Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

          Anak-anak kita sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih dari sebarang kekotoran samada zahir ataupun batin, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk mencorakkan samada untuk membentuknya menjadi insan berjaya ataupun tidak. Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedakah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang mendoakan” .(Riwayat iman Muslim)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Menurut Islam memberi pendidikan  kepada anak-anak hendaklah dimulakan sejak awal lagi  kerana pada usia sebegini segala nilai yang ditanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka. Ibnu Sina pernah berpesan, katanya: “ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk. Rasulullah SAW telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu: Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat. Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
Ibnu Khaldun telah membahagikan tujuan pendidikan kepada anak-anak dalam tiga bentuk: Pertama: Mempersiapkan seorang anak dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama menurut al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ini akan membina akidahnya dan membentuk keperibadian keimanannya. Kedua: Mempersiapkannya dari segi akhlak, dan Ketiga: Mempersiapkannya dari segi pemikiran, ini termasuk ilmu-ilmu umum duniawi, kerana dengan memiliki pemikiran dan ilmu yang baik dan tepat seseorang itu akan mampu berdikari dan memiliki ketrampilan untuk melaksanakan tugas dengan baik.
Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka,  apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal berkaitan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, kehidupan agar mereka mengenal erti yang sebenarnya. Berilah pesanan, nasihat, tegurun setiap masa walaupun kadang kala anak-anak kita akan merasa jemu dan bosan. Contohilah apa yang dilakukan oleh Lukman al-Hakim di dalam mendidik anak-anaknya. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 13:
Bermaksud:  Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.


Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai ibu-bapa kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan  bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang akan tetapi tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jatidiri yang kuat. Dari itu amat penting bagi kita memberi pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia kepada mereka kerana dengan pendidikan agama, prinsip iman mereka akan teguh, jati diri mereka akan kuat, dengan ini akan membantu mereka menghadapi masalah-masalah sosial serta membantu mereka menghadapi cabaran masa akan datang. Tanpa prinsip ini ditakuti anak-anak kita akan mudah terpengaruh dengan pelbagai pemikiran. Sehinggakan ada sebahagian dari mereka sanggup menggadai prinsip kehidupan mereka.
Mimbar ingin mengingatkan bahawa memelihara anggota keluarga dari ancaman neraka tidak bererti kita hanya bersikap pasif  iaitu dengan hanya mencegah mereka daripada berbagai perbuatan maksiat. Tetapi kita juga mesti bersikap aktif dalam mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka agar pembentukan ini menjadi peranan sebagai kubu dan daya tahan yang dapat menepis dan menapis pengaruh sekitar yang penuh mencabar. Tanggungjawab ibu-bapa bukan hanya memberi arahan, tetapi perlu menonton, membimbing, mengasuh dan menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani.Barulah pendidikan kita akan memberikan kesan untuk mencapai matlamat pembentukan nilai murni serta prinsip yang kukuh dalam diri anak-anak.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagaimana yang kita maklum, musim cuti sekolah sudah bermula, yang paling seronok ialah anak-anak kita. Inilah masa untuk mereka melarikan diri buat sementara dari alam persekolahan. Anak-anak memang mahu bebas daripada belenggu buku-buku sekolah.Mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun. Namun, ada juga dalam kalangan anak-anak kita yang tidak tahu apa aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan pada waktu cuti ini. Dalam fikiran mereka hanya hiburan dan keseronokan yang dicari.Tidak hairanlah sekiranya cuti sekolah yang panjang dihabiskan dengan membuang masa dengan melepak, melayari internet atau melakukan perkara yang tidak mendatangkan feadah. Berdasarkan laporan terdapat puluhan jenis gejala sosial yang mencetuskan kebimbangan dalam kesejahteraan hidup anak-anak kita antaranya merokok, merempit, menonton video lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, pil khayal, berjudi, simpan gambar lucah, hubungan jenis luar nikah, peras ugut, pecah rumah, menagih dadah, rogol, samun,  jenayah bunuh dan lain-lain lagi.Terkini ada dari kalangan anak-anak kita yang di ambil kesempatan oleh pihak penjenayah untuk dijadikan kaldai dadah dan terlibat dalam sendikit pelacuran.
Mimbar ingin berpesan sebagai ibu- bapa, kita seharusnya mengajar anak-anak supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakankan terus pelajaran. Ibu- bapa perlulah mengambil peluang ini untuk mengatur program-program yang bermanfaat buat anak-anak seperti  menghadiri kem ibadah dan motivasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Jadilah ibu- bapa yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak. Rancanglah sesuatu agar dapat memanfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu- bapa .
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita bersama-sama menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Isilah masa kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manafaat. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa mutiara hati ini merupakan sebahagian daripada amanah daripada Allah SWT yang akan di persoalkan di akhirat nanti. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:
Bermaksud:  Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.

Khamis, 3 November 2011

Menjelang Hari Raya Haji

Lebih kurang 3 atau 4 hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladzha yang mengadungi seribu satu hikmah dan pengajaran kepada kita semua. D Malaysia ia lebih dikenali dengan panggilan Hari Raya Haji ataupun Hari Raya Korban. Panggillah dengan apa pun nama asalkan ianya tidak akan tersasar dari maksud yang sebenarnya.
InsyaAllah mulai besok sudah ramai lah yang akan pilang ke kampung halaman bagi meraikannya. Walaupun Hari Raya tahun ini jatuh pada hari ahad namun sudah ramai yang mengambil cuti tambahan iaitu pada esok bagi pulang awal ke kampung halaman terutama bagi warga pantai timur.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Ulang Tahun Kelahiran

Dalam tidak sedar esok 23/10/2011 genap lah sudah 29 tahun aku melihat dunia dan menghirup udara dan oksigen ciptaan Allah yang tidak terhingga besarnya. Saban tahun bagi aku perayaan ini biasa-biasa sahaja ada ucapan dari ahli dan rakan-rakan sudah memadai walaupun kadang-kadang tidak pun diraikan. Masa kecil dulu mungkin lah ada sambutan hari jadi tapi apabila sudah meningkat dewasa sudah memakin dilupakan, begitulah lumrah kehidupan manusia.
Untuk tahun ada sedikit kelainan kerana sekarang sudah berumah tangga. Tentunya isteri yang tersayang sudah dari awal menigatkan aku akan kedatangan hari tersebut. Malah dari tadi sudah terpacul persoalan daripada nya " Abang nak hadiah ape, cakap jer nanti ayang beli kan yer". Pertanyaan itu aku sulamkan dengan senyuman dan biar berlalu dibawa oleh masa. Sebenarnya bukan aku tidak mahu menjawabnya tetapi adalah lebih molek kalau yang bertanya itu memberikan ape yang mahu diberikan dan yang difikirkan perlu. Bagi diri ku beri lah apa saja akan ku terimanya dengan hati yang terbuka.
Apapun tahun ini adalah lebih bermakna dengan kehadiran isteri yang tersayang.
Apapun tahun ini kena perbarui hajat yang lama dan ditambah dengan hajat yang baru.
Apapun cabaran yang datang akan ku tempuhi dengan kematangan seiring dengan meningkatnya usia.
Apapun harapan ku hanya lah ingin kehidupan yang diberikan Allah ini diberkati oleh Nya dengan aku lebih dekat dengan  Nya disamping menjadi anak yang soleh kepada kedua Ibu Bapa ku serta Ibu mertua dan menjadi seorang suami yang soleh yang dapat mendidik isterinya dan anak-anaknya supaya menjadi hamba Allah yang bertakwa. Tambahan akan cuba menbahagiakan rumah tanggaku ini dengan memberi kan Zuriat kepada isteriku yang tercinta. Moga Allah mempercepatkan perberian tersebut InyaAllah.

Khamis, 22 September 2011

Kehidupan Normal Kembali

Sudah agak lama tidak menulis kerana kekangan masa. Setelah berakhirnya puasa kita semua telah kembali kepada kehidupan yang normal setelah kita semua memasuki madrasah ramadhan yang mulia.

Kehidupan normal kali ini kita dapat melihat sejauh mana keberkasaan tarbiah ramadhan keatas diri kita semua. Jika sebelum ramadhan kita tidak rajin untuk berpuasa sunat tetapi dengan tarbiah ramadhan kita sekarang sudah rajin untuk berpuasa sunat ini adalah sesuatu yang baik. Jika sebelum ini kita tidak rajin untuk ke masjid atau surau tapi sekarang sudah rajin ke masjid atau surau walaupun untuk waktu magrib dan isyak sahaja ini pun sudah dikira sebagai sesuatu yang baik dan bagus. Sesungguh nya pada mereka madrasah ramadhan adalah madrasah yang terbaik dan mereka sentiasa untuk meningkat kualiti amalan mereka.

Tetapi ada juga golongan yang malang kerana mereka ini bukan bertambah baik tetapi sebaliknya bertambah teruk. Ini lah yang perlu kita takutkan kerana kita perlu lebih baik dari semalam.

Rabu, 24 Ogos 2011

Menjelang Hari Raya

Menjelang hari raya aidilfitri mulia. Sekarang dah selalu dengar lagu raya tandanya hari raya sudah semakin dekat untuk diraikan. Mana tidaknya hanya tinggal lebih kurang 5 hari lagi untuk menyambutnya. Kebanyakan dari kita sudah mula membuat persiapannya dengan baju barunya, langsir baru, sofa baru dan sudah semestinya kuih raya.
Ini dapat dilihat apabila semua orang sudah mula menyerang pusat-pusat membeli belah dan shopping komplek setelah menerima bonus dan gaji. Membeli keperluan untuk hari raya tidak salah tetapi jangan lah terlalu melampaui batas dengan berbelanja secara berlebihan atau melakukan pembaziran yang ketara.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sepuluh Malam Terakhir

Sudah agak lama saya tidak menulis atau update blog disebab kan kesibukan dengan tugas-tugas harian. Hari ini rasa terpanggil untuk update blog hehe. Saat ini kita telah memasuki fasa yang ketika didalam madrasah ramadhan yang mulia.
Sudah semestinya kita perlu meningkatkan segala usaha demi untuk mendapatkan malam Lailatulkadar yang mulia. Pahala bagi mereka yang beribadah pada malam tersebut menyemai pahala beribadah selama seribu bulan. Bersama-sama lah kita merebutnya kerana peluang ini hanya datang setahun sekali dan mungkin sekali sahaja didalam hidup.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  “GANDAKAN AMALAN DI AKHIR RAMADHAN ”                                                              
(19 OGOS 2011 / 19 RAMADHAN 1432H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan  melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah: GANDAKAN AMALAN DI AKHIR RAMADHAN.”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Hari dan minggu berlalu begitu cepat, tanpa disedari kini kita sudahpun berada pada hari ke 19 Ramadhan. Maka sepuluh terakhir Ramadhan ini adalah masa yang cukup bernilai dan berharga yang perlu direbut oleh kita semua sebagai insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, kerana masa yang terakhir inilah yang akan menentukan samada puasa kita ini mendapat keberkatan dan menjadi penebus segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan selama ini. Inilah masanya yang Allah SWT janjikan kepada kita semua sekiranya kita benar-benar beriman kepada-Nya sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya: Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya di penuhi rahmat, pertengahannya di penuhi dengan keampunan dan akhirnya di penuhi dengan pahala yang menjadi penebus api neraka .(Riwayat Muslim)

         Kita sedia maklum bahawa  dalam bulan Ramadhan terdapatnya satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar . Pahala beribadat pada malam itu menyamai pahala seribu bulan. Allah SWT menganugerahkan pahala yang besar itu adalah sempena penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Dari Baitul Izzaah inilah al-Quran beransur-ansur  diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui Jibril.  Firman Allah SWT  dalam surah al-Qadr ayat 1-5:
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui, apa dia kebesaran malam lailatul Qadr itu? malam lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka. kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut. sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar . 

Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa Lailatul al-Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar, maka seharusnya kita berusaha dan tidak mensia-siakan peluang malam yang dijanjikan itu. Bagi orang yang beriman mereka berazam mencari peluang yang disediakan dengan berlumba-lumba untuk bangun di malam yang hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah SWT  sepertimana sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya:   Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan. ” (Riwayat al-Bukhari)



Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Rasulullah SAW apabila berada pada 10 malam yang terakhir beliau menghidupkan malam-malam tersebut dengan melakukan ibadat kepada Allah SWT sebagaimana yang diriwayatkan oleh  Saidatina Aisyah RA: Sesungguhnya Nabi SAW. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan Baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah .
Menurut beberapa hadith lagi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang memetik penerangan Saiyidatina Aisyah RA bahawa di antara pengkhususan ibadat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah  Baginda  mandi di antara waktu Maghrib dan Isya’, berpakaian indah serta senantiasa berharum-haruman sepanjang 10 malam terakhir. Rasululullah SAW juga melakukan iktikaf di masjid. Baginda memasuki masjid sebelum waktu Maghrib, melaksanakan solat secara berjemaah di samping mengamalkan ibadat-ibadat yang lain seperti membaca al-Quran dan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT. Beriktikaf bererti berada sesaat atau sepanjang malam di masjid untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pada waktu beriktikaf Rasulullah SAW memutuskan hubungan dengan manusia dan aktiviti lain bagi memenuhi hati bermunajat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT. Rasulullah SAW tidur berasingan dengan isteri pada 10 malam terakhir untuk memberi tumpuan beribadat kepada Allah SWT.
Memasuki fasa ketiga bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, maka mimbar menyeru, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran yang berharga ini bagi menambahkan bekalan akhirat lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihannya. Lailatul Qadar adalah malam yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperolehinya dan rugilah siapa yang melepaskannya.
Di samping itu dalam fasa yang ketiga ini juga kita dituntut mempertingkatkan amal-amal soleh dan kebajikan seperti beriktikaf di masjid-masjid, bertadarus al-Quran, memperbanyakakn zikir-zikir, memperbanyakan solat-solat sunat dan melakukan sedekah samada kepada fakir miskin,anak yatim dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.  Sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW di sepanjang bulan yang mulia ini tangannya sentiasa terbuka untuk memberikan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan. Kita juga dituntut memperbanyakkan berdoa terutama doa khusus untuk malam Lailatul Qadar sepertimana yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA:
Maksudnya: Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW seandainya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang patut saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-Mu oleh itu maafkanlah segala kesalahanku . ” (Riwayat Abu Daud)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Ketika kita memberi perhatian khusus beribadat pada 10 malam terakhir namun terdapat sebilangan umat Islam tidak memberi perhatian berat dan mengambil kesempatan. Mereka lalai dengan kesibukan  urusan lain seperti membuat persedian untuk menyambut hari raya. Kebiasaannya kita dapat melihat pada malam 10 terakhir ini, masjid-masjid menjadi lengang dan sepi, para jemaah solat tarawih semakin berkurangan, pasaraya-pasaraya menjadi tempat tumpuan, suri rumah pula sibuk dengan persedian  untuk hari lebaran seperti mengemas rumah, membuat kuih muih sehinggakan ada dikalangan mereka tidak melakukan ibadat puasa kerana keletihan. Bahkan terdapat juga para peniaga bazar Ramadhan yang asyik ghairah meraih keuntungan di saat-saat akhir ini. Mimbar ingin menyatakan bahawa suasana yang sebegini sebenarnya tidak sepatutnya dilakukan oleh kita kerana tahap terakhir inilah kita mesti melipat-gandakan ibadat dengan tidak mensia-siakan peluang yang ada, kerana kita belum pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak untuk terus bersama dengan Ramadhan pada tahun hadapan.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan yang diberi  oleh Allah SWT pada fasa yang terakhir ini. Janganlah kita lalai dengan kesibukan mengejar dunia hingga kita lupa mempersiapkan amalan soleh sebagai bekalan bertemu dengan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan yang kita tempuhi tahun ini akan menjadi titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi insan yang bertakwa dan diredhai Allah SWT  didunia dan diakhirat. Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 186:
Maksudnya: Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.
ayat 6

Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan

Saat ini kita sudah berada di sepuluh malam terakhir didalam bulan ramadhan banyak persoalan yang bermain didalam pemikiran kita. Bagi orang yang soleh sudah semestinya saat ini sangat ditunggu-tunggu kerana mereka ingin sangat untuk bertemu dengan malam Lailatulkadar yang sangat mulia. Pahala mereka yang beribadah pada malam tersebut melebihi seribu bulan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah   

Selasa, 2 Ogos 2011

Hari Kedua Ramadhan

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah kerana sudah masuk hari kedua berpuasa. Rasa macam biasa sebab sibuk dengan kerja so tidak lah terasa letih dan dahaga nak pulak duduk didalam ofis yang berair-cond. Seperti biasa diawal bulan ramadhan ini semua surau penuh dengan jemaah mengalahkan jemaah semasa solat jumaat pulak itu lah situasinya Bagus-bagus s

Rabu, 27 Julai 2011

Lafaz Niat Puasa Serta Doa Berbuka Puasa

Salam dan selamat petang semua.
InsyaAllah dalam 4 hari lagi kita semua yang beragama Islam akan mula berpuasa Ramadhan. Perkara ini telah di jawabkan oleh itu jangan ade yang ponteng atau culas dalam melakukan nya. Disini saya letakan lafaz niat Puasa berserta dengan Doa semasa berbuka puasa maklumlah takut ada yang terlupa khas nya kaum bapa jangan sampai ada yang menegur kita.

LAFAZ NIAT PUASA


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa
LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN

sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala


Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Rabu, 20 Julai 2011

Menjelang Ramadhan Al-Mubarak

Dalam 10 hari lagi seluruh umat Islam Di Malaysia dan am nya seluruh dunia akan memulakan puasa dan tarbiah didalam bulan Ramadhan yang mulia. Sudah semestinya pelbagai persiapan yang telah di buat dan diatur kan bagi memasuki bulan yang mulia ini. Dan juga sudah semesti nya ramai yang sibuk dan berfikir mengenai persiapan Hari Raya huhu puasa pun belum lagi dah ingat nak raya tapi bagi ketua keluarga benda ini logik untuk difikirkan kerana ianya akan melibatkan burget. Bagi saya yang baru berumah tangga perkara ini adalah sesuatu yang baru kerana saya kena fikirkan untuk burget 2 keluarga, apa2 pun ini adalah cabaran dan tanggungjawab yang harus saya teladani dengan sebaik nya. Seronoknya saya tengok sudah ada iklan dari pihak surau berkenan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan ramadhan ini. Banyak amal kebajikan yang dapat kita lakukan seperti tajaan untuk berbuka puasa, more dan tahlil untuk arwah. Jadi sama-sama lah kita merebut peluang keemasan ini untuk menambah amal ibadah kita yang semakin berkurangan.

Jumaat, 1 Julai 2011

Anak Saudara Baru

Pertamanya taniah diucapkan kepada abg ude & kak ude diatas kelahiran anak yang ketiga semoga dengan lahir nya putera ini akan lebih mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Bagi diri saya ini adalah anak saudara yang ke 10 sudah ramai anak saudara ku hehe. Kalau semua berkumpul mesti meriah kan. Nama nya belum diketahui sebab baru dilahirkan semalam tepat pada jam 0830 pg. Dah pergi tengok malam tadi dihospital tapi tak dapat tengok sebab dah lepas waktu melawat huhu pegi hantar mak mertua jer. Seisi keluarga bergembira dengan kelahiran mu wahai anak saudaraku, semoga bila besar nanti akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta kepada ibu dan bapa.

Selasa, 7 Jun 2011

ABAH.My

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari
Saya amat tertarik kepada satu blog baru yang dicipta khas oleh Ustaz Hasrizal khusus untuk golongan bapa dan bakal bapa. Apa yang diperkataan oleh ustaz ada logiknya zaman hari ini para wanita sahaja yang diangkat tinggi tanpa memikirkan kaum lelaki. Lelaki adalah diciptakan oleh Allah untuk menjadi pemimpin kepada kaum wanita. Jadi dengan ade nya blog ini adalah untuk berkongsi maklumat dan pandangan diantara bapa-bapa dan bakal bapa bagaimana untuk menjadi peminpin yang baik serta bapa yang terbaik kepada anak-anak.

Selasa, 31 Mei 2011

Majlis Makan Malam dan Anugerah TMNS 2011


Pada 13 Mei 2011 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Makan Malam dan Anugerah TMNS dengan jaya nya dengan kehadiran Staf TMNS dan para pesara serta para pelangan TM. Majlis ini telah diserikan dengan kehadrian Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan serta tetamu yang lain. Banyak anugerah yang diberikan termasuklah anugerah KPI terbaik yang dimenangi oleh Security Management Negeri Sembilan. Diharap semua anggota lebih bersemangat untuk terus berjuang dan bekerja.

Malam Anugerah TM Negeri Sembilan 2011

Jumaat, 6 Mei 2011

khutbah Jumaat selangor

Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Islam amat menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha mencari rezeki sebagai memenuhi tuntutan dan tanggungjawab kehidupan di dunia ini.
Firman Allah SWT  dalam surah At-Taubah ayat ke 105 ;
Maksudnya ;  "Dan Katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".
Pekerjaan itu sendiri sebenarnya merupakan suatu ibadat yang akan dihitung oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Firman-Nya di dalam surah Az-Zalzalah ayat ke 7 - 8 ;
Maksudnya; "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.  Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula".
Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini pasti tidak akan terlepas daripada perhitungan Allah SWT. Mereka akan dipersoalkan satu demi satu sehingga jelaslah semua pekerjaan yang mereka lakukan di dunia ini. Sekiranya mereka melakukan pekerjaan yang baik lagi halal maka akan berbahagialah mereka di hari perhitungan kelak. Sebaliknya bagi mereka yang melakukan pekerjaan jahat dan haram maka keadaan mereka akan menjadi hina dan tercela pada hari tersebut.
Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Syariat Islam telah membahagikan jenis pekerjaan kepada dua bahagian iaitu pekerjaan yang halal dan pekerjaan yang haram. Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, bahawa perkara yang halal itu ialah setiap perkara yang diharuskan dan diberi keizinan oleh syarak untuk melakukannya. Manakala perkara yang haram pula ialah yang ditegah oleh syarak sekira-kira ia akan mendapat balasan buruk di akhirat, bahkan ada kalanya di dunia ini lagi.
Sememangnya sesuatu pekerjaan itu sama ada halal atau haram, selagi mana ianya dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan mendatangkan hasil   yang  lumayan.  Bahkan  tidak dinafikan  juga,  dalam keadaan  ekonomi pada hari ini yang masih tidak stabil, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang ringgit dan harta kekayaan. Namun sebagai seorang yang beriman, kita seharusnya memikirkan tentang dosa dan pahala serta kesan buruk akibat daripada sikap tidak berhati-hati memilih sesuatu pekerjaan. Janganlah kita hanya memikirkan keuntungan dunia samata-mata, sedangkan pada hakikatnya keuntungan yang kita perolehi itu tidak membawa sebarang keberkatan bahkan sebaliknya akan mendatangkan bencana pula di hari akhirat kelak.
Dalam  sebuah hadith Rasulullah s.a.w. bersabda :
Bermaksud: "Akan datang suatu zaman ke atas umatku di mana seseorang itu tidak peduli dari usaha apakah harta yang dimilikinya itu sama ada secara halal atau pun haram".           
Allah SWT tidak akan melepaskan hamba-Nya daripada siksaan di hari akhirat kelak sekiranya harta benda yang dimilikinya ketika di dunia diusahakan daripada pekerjaan yang tidak halal. Oleh kerana itu, sebagai seorang yang beriman kita tidak seharusnya melakukan pekerjaan di premis-premis arak, judi, pelacuran dan sebagainya yang salah di sisi syariat. Bekerja di premis-premis seperti ini hanya akan mendatangkan sumber pendapatan yang tidak mendapat keberkatan di sisi Allah SWT. Hasil usaha yang tiada  keberkatannya ini sudah pasti akan memberikan banyak kesan  buruk  di dalam kehidupan kita sama ada di dunia ini mahupun di akhirat nanti.
Rasulullah s.a.w. bersabda ;
Maksudnya; "Setiap daging yang tumbuh dari pekerjaan  yang haram, maka neraka itu lebih utama baginya".
(Riwayat Tarmizi)
Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Oleh kerana pekerjaan yang halal dan baik itu merupakan suatu ibadat, maka Allah SWT telah menyediakan beberapa ganjaran kebaikan kepada umatnya. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai suatu dorongan kepada umat Islam agar memilih pekerjaan yang halal dan diredhai oleh Allah SWT. Antaranya ;
1.    Kita akan mendapat penghidupan yang baik dan diberkati oleh Allah SWT. Firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat ke 97 yang bermaksud;
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
2.   Kita juga akan diberikan kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT apabila bertemu dengan-Nya di hari akhirat kelak. Perkara ini disebutkan oleh Allah
SWT dalam surah Toha ayat 75 yang bermaksud ;
"Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, dan telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh darjat yang tinggi (mulia)".
3.   Ganjaran besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya yang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik ialah penghidupan di syurga beserta rezeki yang melimpah-ruah. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT  dalam surah Al-Mukmin ayat ke 40 yang bermaksud ;
"Barangsiapa mengerjakan sesuatu perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan yang dilakukannya itu. dan barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik laki-laki mahu pun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya dengan tidak terhitung".
Demikianlah beberapa ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada umat Islam apabila mereka melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik dan menjauhi pekerjaan-pekerjaan yang dilarang oleh syariat Islam di dunia ini. Sekalipun pekerjaan yang tidak halal ini menyediakan ganjaran dunia yang amat lumayan, namun kita sebagai umat Islam hendaklah menyedari bahawa ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT  itulah yang kekal abadi.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat ke 10 ;
Maksudnya ; "Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amatlah sedikit kamu bersyukur".
Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Sesungguhnya Islam tidak pernah melarang umatnya memiliki harta kekayaan. Malahan mereka amat digalakkan untuk mencari kekayaan dengan pekerjaan yang halal. Apatah lagi sekiranya harta kekayaannya itu digunakan pada perkara-perkara kebaikan seperti zakat, infaq, wakaf, bersedekah, menolong umat Islam yang lain, menafkahkannya pada jalan Allah dan lain-lain lagi.
Oleh kerana itu, untuk mendapatkan kekayaan, umat Islam mestilah berusaha dan bekerja. Manakala pekerjaan yang dipilih itu pula mestilah pekerjaan yang halal agar kekayaan yang bakal dimiliki akan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.
Maksudnya ; "Dan  tidak  ada  suatu  binatang  melata (makhluk yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat  berdiam  binatang  itu dan tempat  penyimpanannya,  semuanya   tertulis di dalam Kitab yang nyata (Luh mahfuz)".
(Surah Hud : 6 )
KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang  telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,  suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Jumaat, 22 April 2011

Beberapa Larangan Rasulullah s.a.w

Hadith:

DARI al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda: "Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya."

Riwayat Bukhari

Huraian Hadith:

Dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka.

Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam.

Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan.

Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu.

Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa. Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain.

Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga. Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan.

Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat hari ini menerangkan tentang kepentingan menjaga dan memakmurkan bumi Allah. Manusia diciptakan oleh Allah dengan akal fikiran dan anggota badan yang cukup sifatnya adalah untuk menjadi pentadbir agar bumi sentiasa didalam keadaan baik dan sejahtera. Manusia tidak seharusnya melakukan kerosakan diatas muka bumi Allah ini malah manusia lah yang wajib memeliharanya. Allah tiada berkehendak kepada bumi dan seisinya tetapi manusia lah yang berkehendak kepadanya walaupun Allah yang menciptakan kesemuanya. Kesemua ciptaan Allah adalah sebagai tanda kepada kekuasaan dan kebesaran Allah. Kita sebagai manusia wajib mensyukurinya.

Selasa, 12 April 2011

Mana Sumarry Of Invios

Ini adalah bulan pertama yang vendor lambat sekali untuk menhantar invios kepada saya untuk diproses.
Date line dah lame berlalu hehe bos dah mula bising ini tapi nak uat macam mana sebab vendor yang lambat.

Ahad, 3 April 2011

Durian Oh Durian

Dirumah atau diofis ramai yang berkata mengenai durian, siap ada yang menyanyi lagu Oh doyan bila nak berbunga hehe,

Rabu, 30 Mac 2011

Unit Amanah Dan Insuran

Ada orang kata kalau melabur dalam unit amanah tidak untung dan bermacam lagi alasan nyer betul atau tidak say pun tidak mengetahuinya. Kalau kita melabur kepada agen yang aktif mungkin kita akan mendapat untung tapi kalu agen nya tidak @ pemalas macam mana kita nak untung.

Insuran pada pendapat saya pada masa kini mungkin satu keperluan yang perlu ada didalam sesuatu rumah tangga. Tapi kita kena tengok juga ape yang dilindungi dan berapa pulak bayaran yang kena potong.

Semua ini adalah pendapat dan pendangan saya mungkin anda ada pandangan lain yang boleh dikongsi bersama.

* Sebentar tadi ade orang unit amanah datang ofis

Selasa, 29 Mac 2011

Pasar Malam Oh Pasar Malam

Hari selasa dan sabtu Bandar Sri Putra menjadi tumpuan ramai huhu, termasuklah aku dan si dia huhu.

Awal-awal dah terfikir ape yang hendak dibeli dan berapa ringgit lah wang yang akan dikeluarkan huhu. Dari

zaman bujang hingga dah kahwin nie same jer skrip nyer huhu. Lagi satu yg tak berubah adalah ramainya orang

huhu kalau berniaga tentu banyak untung huhu.

hai semua...

Welcome to my blog!! And this is my first entry..

Saja nk mencuba..

Semoga bermanfaat ya!!