Jumaat, 20 Januari 2012
Rabu, 4 Januari 2012
Tahun Baru Masihi 2012
Salam dan Selamat Tahun Baru semua walaupun sudah agak terlambat. Hari ini sudah masuk ke tarikh 4/1/2012, jalan raya sudah mula sesak dengan kenderaan seperti kebiasaan sebelum ini. Rutin bagi mereka yang berkeluarga serta mempunyai anak sudah ke tahap normal. Disekitar kejiranan sudah mula riuh sejak awal pagi lagi, anak-anak sudah mula bangun awal ( pastikan solat Subuh) untuk ke sekolah. Di pejabat pun agak suram kerana ramai yang ambil cuti untuk menguruskan pendaftaran anak-anak di sekolah. Begitulah lazim nya setiap awal tahun. Saya pun akan menempuhnya tapi bila ya, Ya Allah Kurniakan Lah Aku Zuriat yang Soleh dan Solehah Amin Ya Rabb.
Sejak dari sebelum tahun baru lagi sudah banyak kedengaran berkenaan azam baru walaupun azam yang lama belum tertunai lagi. Sememangnya sinonim dalam masyarakat kita bahawa bila masuk sahaja tahun baru mesti nak ada juga azam baru. Ada yang nak menamatkan zaman bujang, nak tambah zuriat dan bermacam lagi. Semua ini tiada salahnya tetapi setiap azam itu haruslah disertakan usaha yang bersungguh-sungguh bukan nya dok tunggu dan lihat sahaja jika tidak azam hanya tinggal azam sahaja. Seharusnya azam itu perlu kepada yang lebih baik berbanding dari tahun lepas dan pratikal untuk dicapai dan dilaksanakan.
Harapan saya pada tahun ini adalah untuk memperbaiki qualiti kehidupan dari segi akedemik, pekerjaan, keluarga dan beberapa lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)