Sabtu, 22 Oktober 2011

Ulang Tahun Kelahiran

Dalam tidak sedar esok 23/10/2011 genap lah sudah 29 tahun aku melihat dunia dan menghirup udara dan oksigen ciptaan Allah yang tidak terhingga besarnya. Saban tahun bagi aku perayaan ini biasa-biasa sahaja ada ucapan dari ahli dan rakan-rakan sudah memadai walaupun kadang-kadang tidak pun diraikan. Masa kecil dulu mungkin lah ada sambutan hari jadi tapi apabila sudah meningkat dewasa sudah memakin dilupakan, begitulah lumrah kehidupan manusia.
Untuk tahun ada sedikit kelainan kerana sekarang sudah berumah tangga. Tentunya isteri yang tersayang sudah dari awal menigatkan aku akan kedatangan hari tersebut. Malah dari tadi sudah terpacul persoalan daripada nya " Abang nak hadiah ape, cakap jer nanti ayang beli kan yer". Pertanyaan itu aku sulamkan dengan senyuman dan biar berlalu dibawa oleh masa. Sebenarnya bukan aku tidak mahu menjawabnya tetapi adalah lebih molek kalau yang bertanya itu memberikan ape yang mahu diberikan dan yang difikirkan perlu. Bagi diri ku beri lah apa saja akan ku terimanya dengan hati yang terbuka.
Apapun tahun ini adalah lebih bermakna dengan kehadiran isteri yang tersayang.
Apapun tahun ini kena perbarui hajat yang lama dan ditambah dengan hajat yang baru.
Apapun cabaran yang datang akan ku tempuhi dengan kematangan seiring dengan meningkatnya usia.
Apapun harapan ku hanya lah ingin kehidupan yang diberikan Allah ini diberkati oleh Nya dengan aku lebih dekat dengan  Nya disamping menjadi anak yang soleh kepada kedua Ibu Bapa ku serta Ibu mertua dan menjadi seorang suami yang soleh yang dapat mendidik isterinya dan anak-anaknya supaya menjadi hamba Allah yang bertakwa. Tambahan akan cuba menbahagiakan rumah tanggaku ini dengan memberi kan Zuriat kepada isteriku yang tercinta. Moga Allah mempercepatkan perberian tersebut InyaAllah.